Sunday, 26 March 2017

Nuang tido puncak

Plan nak ke semangkuk. Tapi sebab lineup tak bapa nak ade, so kesini sahaja. Time cuti thaipusan bulan feb haritu. Aku cuti 4 hari straight dengan harapan ada ad-hock trip tapi nan hado. 

Oleh kerana nak save cost, maka tercipta lah plan tido puncak nuang ni. Naseb laa a week before aku dah training daypack sampai pacat. So prestasi pada hari itu adalah sangat best. Dengan full-pack, berjaya jugak sampai puncak sebelum gelap. Pukul 7pm to be exact. Start trek tadik pun agak lewat, kul10am. Perjalanan pun agak santai. Tapi non-stop jugak laa aku trekking. Hihiii happy barangkali. Hahaaaa excited nak tidur puncak nuang. 

Cuaca pulak terlebih nyaman. Dingin, angin kuat, sejuk membunuh! Rezeki gamaknya malam tu jugak bulan terang. Sambil diselang seli oleh kabus dan angin kencang. Malam dinner tu aku masak ayam masak merah dengan nasi puteh jek. Lepas makan, sempat jugak jengah kat luar tengok view. Aku tak lama pun lepak sebab angin kuat dan sejuk. Lebih nikmat berada dalam sleeping bag deuterlite 500 aku ni. Malam tu terasa lama benar nak pagi. Angin kuat. Gilos. 

Terjaga dalam pukul8am. Itu pun sebab terdengar orang bergelak ketawa. Angin masih lagik kuat. Sejuk masih sama seperti semalam. Tanpa berlengah terus aku bangun dan prepare breakfast. Pagi tu makan spagetti bolognise dan roti gardenia cicah sardin cili. Jemputt! 

Jom ripit lagik! 
Tak yah nak rebut2 nak amik gambar kat sini. Byk kali snap pun lantok laaaa. Hihii
Happy sampai siang! 

Tuesday, 21 March 2017

Gunung Berembun & Crashed Site Telapak Buruk

#misisatubulansatugunung masih on off rasenya.

Asyik duk repeat gunung yang sama. Naseb baik laa motif hanya lah untuk training semata, puncak adalah bukan jadik isu disini.

Alkisah minggu lalu sempat ke Gunung Berembun. Join group dengan group lain. Disebabkan motif hanyalah untuk training Mahameru bulan depan, so kami berlapan gagahkan jua. Lineup yang aku kenal cuma kami-kami sahaja. Yang lain hanya kenal sekadar hi hi bye bye jek sepanjang trek.

Bergerak tiga kerete menuju ke Masjid Pantai, Jelebu N9 pada tengah malam. Perjalanan dalam 45minit dari KL. Aku selaku copilot menunjukkan arah jalan dengan applikasi Google Map. Sampai di tempat lokasi, masing-masing terus merebahkan diri bagi mengumpul tenaga pada keesokan harininya.

Lama tak dengar azan subuh tepi telinga. Terus aku terjaga dari mimpi. Sempat mandi di tandas masjid dan solat dan seterusnya final pack untuk trip Berembun. Breakfast dan lunch aku tapau sesiap kat kedai makan depan masjid, dan semua lineup 34 orang terus bergerak ke loji untuk parking kereta kat sana. 

Kawasan parking agak limited kat sini. Kalau sampai awal boley laa park dekat sikit dengan starting point. Kalau tak, nun jauh dia sana di tepi-tepi jalan. Jalan tar satu lorong jek. Kalau selisih pepandai laa ko. Hahahaaa

Starting point. Start marking dengan 9550m. Sepanjang trek ade marking every 50m 100m. Bagus betul!

Plan asal, 3 biji lori akan datang pikup kami untuk ke Telapak Buruk akan tetapi ade sedikit masalah dengan lori. So gogo decide untuk start trekking reverse bermula dari loji - lata berembun - gua kambing - berembun - crashed site dan seterusnya di telapak buruk. Lori akan menanti di pencawang letrik untuk dihantar semula kat parking. Sempat jugak aku google, kalau reverse ni sedikit sengsara berbanding dari start trekking dari Telapak Buruk. Naseb niat join adalah untuk training, so pasrah jek laaa semuanya mengikut arahan dari gogo. Start trekking 745am. Memula trek kat belakang, konon nak ikut rentak yang lain. Baru 10 minit pertama, dah mula rasa sangap. Hipster sangat dorang ni. Terus kami berlapan mula potong sorang demi sorang. Sampai lah kami berjumpa dengan gogo di hadapan. Untuk sampai ke Lata Berembun 45 minit dari starting point. Oleh kerana belum breakfast, terus aku keluarkan nasi goreng telur mata sambal pedas makan tepi sungai sementara tunggu yang lain tiba.

Lata berembun!

Dari lata berembun nak ke gua kambing dalam sejam setengah jek. Trek agak santai bagi aku. Best sebab kene cross banyak anak-anak sungai yang cantik. Teringat trip gopeng yang dikatakan trip santai redah-redah sungai oleh cua dulu. Hahhaa sambil bergelak ketawa kami berlapan menuju ke gua kambing. Sampai sana pun kene regroup. Masa tu pukul 1045am.

Gua kambing.

Dari gua kambing menuju ke puncak agak pacak dibaginya. Masa yang dianggarkan adalah sejam. Jarak agak dekat tapi disebabkan pacak azabedah, so terpaksa juga take five beberapa kali. Geng hipsters yang lain langsung tidak kelihatan selain dari kami berlapan dan dua orang minah yang saling potong antara kita. Mungkin ini yang dikatakan oleh gogo Zek tadik kalau naik berembun reverse agak sengsara sikit berbanding apa yang diplan sebelumnya. For training purposes, elok jugak reverse ni. Kalau nak pergi leisure baik window shopping kat mall jek tak gitu! hahahaa

Selepas sejam trekking, sorang demi sorang antara kami berlapan sampai puncak berembun diikuti dengan minah dua orang dan guide gogo. Sementara tunggu yang lain sampai, kami lunch sahaja kat sini sambil diselang seli kan dengan seisi bergambar. But still, yang lain tidak jugak kelihatan. Lama jugak tunggu, tak muncul-muncul hingga laa salah sorang guide bagi pendapat. By time kami bergerak ke crashed site, dikhabarkan dorang baru sampai gua kambing! #aptb

Kat puncak beirut. View nan hado. 

Cubaan hispter. Kihkihkihhh

Oleh sebab itu kami berlapan atas pendapat guide bergerak ke crashed site. Anggaran dalam satu jam untuk sampai. Trek agak mental kali ni. Sebab naik dan turun. Aku mula rasa tak best batuk tak tentu hala. Benci betul trekking mase tak sihat kali ni. Rasa nak kuarkan anak tekak campak tepi gaung jek. Sampai crashed site, terus bergambar sambil berbincang samada untuk terus tunggu ataupun patah balik ke berembun. Bincang punya bincang, akhirnya kami semua akur untuk patah balik ke berembun dan seterusnya ke loji. Walaupun benci jugak nak kene hadap trek yang naik turun nak menyampaikan ke berembun, hanya air sungai kat lata berembun jek semangat untuk patah balik.

Ternyata keputusan yang diambil memang bijak. Kami selisih dengan yang lain lagik 15min nak sampai puncak. Giler hipster sangat dorang ni. Masa tu pukul 330pm. Kompom malam dorang nak sampai Telapak buruk kalau camni punye lembab. Aku sekadar senyum tak senyum bila melepasi dorang. Banyak kali jugak gogo minta maaf, tapi bukan salah dia pun. Mungkin lineup kali ni tak expect yang kene buat reverse, so mungkin yang lain tak prepare/ fit untuk buat reverse. Dengarnya last person sampai telapak buruk kul 10pm. Hahahaa waktu tu kitorang dah nak sampai KL dahh. 

Dalam discussion samada nak patah balik or tunggu. Lepas bergado bertumbuk sume weolls decide nak patah balik sajo. Tarik napas dalam-dalam sebelum back track. 

Serpihan kapal. 

Antara yang tinggal. Aku pun tak paham ini bahagian mana. 

Sebenarnya lepas balik baru nampak orang ade up gambar selain dari serpihan yang ni. Ke kitorang yang tak tau nak carik sekitar-sekitar situ. Sebab ingatkan yang ni jek ade. Rase cam tertipu jek. Haihhhh

Cubaan nak betulkan kapal. #whatever hahahaaa

Moh laa kite balikk!

Muka happy dapat keluar tepat pukul 7pm. Yang pasti sebelum gelap. Yeahhhh!

** Gambar ehsan by cik Noli. Hugs

Monday, 16 January 2017

Bucketlist 2017

Trip gunung Semeru, Bromo & Kawah Ijen

Trip gegirl Jogja

Trip majuk Kinabalu

Trip gunung Snowy Fansipan

dan

Trip bawak diri......................

Thursday, 5 January 2017

Lets be more accurate!

More accurate on what yaa? Jomm list down sikit

1. To drink green tea everyday - as before aku memang minum green tea on working hours jek. Sampai opis, bawak tumbler then masukkan air panas, rendam se-sachet green tea dan minum. Bila air habis, aku just pour hot water jek dalam tumbler yang same. Minum sampai malam. And now to drink every single day even when i'm at home.

2. To go to the gym everyday - aku memang pergi gym almost setiap hari. Like 3 times in a week plus training at park during weekend. Maybe 6 days of training plus 1 day rest. Ok kot kann.

3. To set #30dayschallenge every month - to set a challenge with every course. Try burpees, crunches, squats, planks. Last month aku buat 30days of squats. Every morning like squats pejam mata dalam bilik air ngantok2 sampai 50 kali. So next is plank. Yeahh!

4. To eat 5 times a day - bak kate Kevin kalau nak diet tak leh skip meals. Paling penting is breakfast. Never ever skip breakfast.

5. To save money - saving like rm5 per day. Prohibited to use rm5 note for transaction. Jumpe rm5 jek terus masuk tabung. Even bila withdraw dari atm pastu dapat note baru jek terus simpan tabung jugak. As before, aku menabung duit syiling jek. And now the start with something bigger.

6. To be patient - sabar dalam apa jua keadaan. Trying to act cool. Listen then action. Think first before take any move. But sometimes ok kot nak over react. Hahahaaaa

7. To hike more gunung overseas - sejak hike abc ni, rase seronok nak hike gunung luar. Lain benar environment dia. Obstacles lain, cuaca lain, view lain. Best.

8. To be more efficient - lebih resourceful, lebih energetic, read more info, google more. Pendek kata kalau borak bukan cakap kosong jek. At least something.

9. To pray on time - selalu lewat solat. Lagik-lagik nak buat kombo between zohor dan asar. Kene kurangkan ni. Plus wakeup early for subuh. Hahhaaaa ini paling liat.

10. To sedekah - memberi lagik elok dari yang menerima. So lets start with that. Walaupun tak banyak singgit tu, niat tu yang penting.

11. To loose weight - which not weight actually because im focusing on the fat and muscle. Burn those fats and let build those muscles. And be fit!

12. To be loving - aku bukan jenis nak show love. Walaupun nampak tegas (tegass ke? Hihii) tapi aku sayang. Dalam pada marah-marah tu aku ikutkan juga. Well, i really hate to say no. Hahhahaaaa

13. To get in bed early - kene tido awal. So that boley bangun awal. Siap awal. Be a morning person. Which aku memang morning person pun, cuma lambat mandi jek. Hihiii

Hurmm, apa lagik ek? Ni jek kot as for now.

Good night!

Hugs

Monday, 2 January 2017

Hari pertama 2017

Like always, aku memang go with the flow jek saban tahun. Apa yang terjadi, aku telan jek. 
Nothing much to expect. Sebab kalau expect terlebih, aku yang giler. So aku follow jek ikut rentak hati. 
Ikut rentak persekitaran. Evaluate mana yang baik dan mana yang buruk. 

Simple kan. 

Penat laa nak pikir. Penat nak jaga semua orang. 
Orang tak jage kita pun. 

So let it be. 

Dapat buah tangan coin bag ni dari tiqot babe. So azam tahun ni memang kene menyimpan. Simpan semua duit hijau, masuk tabung. Dalam pada menyimpan kene jugak wajib memberi.

Tahun nii aku dah declare 'aku tak boley guna duit rm5 dalam segala transaction jual beli'. 

Semoga berjaya! *tap bahu sendiri.

Thursday, 29 December 2016

Dulu aku nakk....

Dulu aku nakkk.....

1. Kawen muda. Suke tengok mak aku kawen umur muda then dapat anak then anak dah besar sebab nanti mak aku still nampak muda, anak sulung dah gadis remaja. Gitu! Budget dulu bongok belajar sampai semua sedara mara belah ayah aku tak pecaya aku dapat spm gred 1 dan masuk U. So aku pikir kalau lulus setakat cukup-cukup makan jek boley laa cari laki terus kawen. Endup terpandai plak dan dapat plak peluang sambung belajar. Masuk matrix, masuk upm 4 tahun dan terus keje. Konon lepas keje nak kawen, endup sampai now tak kawen-kawen. Aiyoo, sadisss!

2. Kaya. Sebab nanti boley beli itu ini. Boley pergi mana-mana. Boley belanja semua orang keluarga kawan-kawan. Tapi now tak kaya pun still boley jek belanja orang disekeling walaupun tak banyak mana, but still happy.

3. Bawak kereta besar. Konon bawak kete besar cam best. Tapi baru ku tahu kalau bawak kete kecik ni yang senangnya adalah bila nak parking! Senangnye laa haii nak menyelit in between kete, senang nak cilok sane sini, dan senang nak buat pusingan u-turn suka hati bapak aku. Hahahaaaa but now aku realise kete kecik ke besar ke yang penting sampai ke destinasi yang dituju.

4. Rumah besar agam. Konon nak duduk rumah besar. Bila tengok rumah orang besar macam 'bapak besar umah ko ni'. Tapi now aku rase nak duk umah kecik sebab senang tak payah nak susah kemas umah. Cuma aku suka hall yang besar sebab bila ada perhimpunan keluarga tu senang sangat. Bestt!

5. Kerja kat menara Petronas Twin Tower. Rasa cam bangga semacam keje kat situ walaupun keje bancuh air jek pun. Sebab bila orang tanya 'ko keje mane?' then aku nak jawab 'keje klcc'.. hihiiii

6. Kerja kat tengah-tengah ibu kota. Terpengaruh dengan cerita muvee bangun pagi sarung gym wear, kasut sukan terus keluar umah pegi jogging di tengah-tengah kota. Then balik siap plak nak pergi kerja, then terus jalan laju-laju antara blok nak masuk opis. Tak yah susah nak drive kete bagai. Cam dalam muvee tu jalan kaki pergi keje. But now aku realise ade baiknya aku kerja kat mines tu sebab takyah nak hadap jem pagi-pagi stress muke kedut-kedut masuk opis. Senang sangat. Even aku kalau naik lrt pun rase pewaii nak mamposs, inikan nak fefellin duk kat tgh kota. Heheee memang tak laaa

7. Nak carik partner ada gen kembar. Sebab nanti tak payah nak beranak banyak kali, mengandung 2 kali jek dapat 4 orang anak. Kan senang. But now partner pun nan hado, inikan nak anak kembar. Ehh tapi since aku tak dapat kawen muda then umur pun dah banyak, impian nak gen kembar tu still ade. Sebab senangla nak catch-up nanti. Hahahaaa

Actually banyak gak yang aku nak tak tercapai. Apa yang tak terlintas dalam hotak aku ni dapat plak. Dari segi baik dan buruk. But still aku wonder kenapa aku tak dapat ek apa yang aku nak? Aku nak macam orang lain jugak dapat apa yang dorang nak. Tapi aku takde pun dapat apa yang dorang dapat.

Tapi ade jugak yang jeles dengan apa yang aku dapat, tapi dorang tak ade. Hurmmm camner tu?

Tapi yang pasti dulu apa yang aku nak tu memang tak dapat pun. Berangan kan percuma.

Selamat tahun baru 2017!
Semoga aku lebih tenang tahun depan. Lebih bersabar. Lebih aman.

Sebab aku dah tak jangka apa-apa.
Sebab aku da malas.

Cuma aku nak happy. Dan sihat. Mak ayah sihat. Adik badik aku juga sihat. Dan kawan-kawan susah senang juga sihat. Dan punyai kerja untuk bayar semua hutang aku dan tampung segala tanggungjawab.

Dan selamat tinggal 2016!

Tahun yang sangat best. Sangat awesome. Sangat amazing. Walaupun ada suka dan duka. Aku berjaya telan semuanya.

Hugs, aisya kamal.

Tuesday, 20 December 2016

Jelajah ABC, Poonhill Day 11, 12 & 13 : Pokhara - Kathmandu & Shopping Time!

**Malam tadik ade documentary pasal ABC. Majalah 3. Terus teringat ade few post tak up! hahahhaaaa

Day 11
Date : 10 May 2016
Pokhara - Kathmandu

Harini jejalan area lakeside. Sementara tunggu bas sampai. Duk ternanti-nanti roti coklat orang tu jual dalam bakul. Itu jek laa breakfast tuk hari tu. Sebab kedai makan tutup. Lagipun tak sabar nak naik bas, nak tidur sepanjang hari. Hahhaaaa

Harini suara aku dah takde. Batuk. Selseme.
Nak cakap pun takde mood. Time lunch turun dari bas. Order mee goreng dengan momo vege. Dah laa lambat sampai, jenuh aku tertekak dengan orang tu. Endup, naik jek bas sebab bas pun nak gerak. Bas kali ni ade wifi. Boley laa online sepanjang jalan update status. Selain dari tertido, dan ralit ber-whatsup, sempat gak menjeling-jeling kat luar bas lihat permandangan. Lama lagik nak repeat ni.

Gambar pun nan hado. Sebab dah malas nak snap. Hihiii

 Boat tepi tasik.
Abaikan gambar sedikit senget. Hahaaaa
Muka malaysia vs Nepalese. Hurmm.

Pukul 430 petang sampai Kathmandu. Keadaan sesak seperti hari pertama. Sampai jek hotel terus shopping. Ronda-ronda setiap kedai. Mencari baju dan seluar hiking. *nak pakai tuk raye gamaknyer. Hahhaaaa

Day 12
Date : 11 May 2016
Shopping day @ Kathmandu

Harini akan ke Thamel road, jalan-jalan sekitar pekan tuk habiskan duit. Ehhh

Since kedai pun bukak lambat, kite decided tuk habiskan ration yang ada kat hotel jek. Masak air, buat air, panaskan kari ayam dan rendang daging makan dengan wrap balance haritu. Ohh habiskan jugak pucuk ubi masuk hospital, punya laa best. Pedas-pedas pun makan non-stop berlima. Noli, fuzzy, syuk, munni dan aku. Lepas kenyang semua, baru laa syok ber-shopping continue singgah dari satu kedai ke satu kedai. 

 Naik gunung pun dapat sijil ok!
Sijil from Third Eye Adventure. Petang tu siap ade upacara penyerahan sijil kepada semua peserta.
Happening a.k.a pening betul time ni!
 Yeahh! We made it.
 Oppss, tertutup muke abg asrul plak. Sorry2. hihii
 Petang tu ke pasar untuk misi mencari saree.
Naik beza ni. Satu beca 500 rupee harge return. Dia tunggu sesiap kat sane.
First time naik, mengucap sepanjang jalan aku dibuatnya. Punya laa laju dia kayuh, dengan bell ring suh orang ke tepi satu hal. Kekadang tu terlanggar orang dah dua hal. Adeyy.
 The market!
Cam pasar malam pun ade. Ramai orang. Riuh.
 Dan tiba dikawasan kedai jual saree ni. Saree cantek-canteek.
Tapi bapak mahal. Yang aku carik lain material dari yang ni.
Kalau convert dalam duit kite 500 ke atas jugak. 
Tak sure laa dorang ni sengaja up harge ke macam mane. 

Hasil pencarian sari, akhirnya aku beli sepasang jek. Harge 3000 rupe. Harge bukak mulut 6000 rupee dibaginyer. Jenuh tawar. Dalam rm114. Agak mahal gak sebenarnya, tapi sebab mak dah pesan so bayar jek laaa. Lepas beli cecepat balik Thamel road, dan continue shopping lagik. Mencari barang orang kirim. Mostly barang outdoor. Best giler.

Day 13
Date : 12 May 2016
Last day Shopping @ Kathmandu

Last day shopping. Pagi ni agak mendung serta hujan. Lepak kat hotel jek sementara tunggu hujan reda. Kedai kat sini bukak lambat. Pukul 10 @ 11am baru nak bukak. Tak paham await laa dorang ni bukak kedai lambat sangat. Budget nak embroidery nama kat haversack, tapi elektrik ade pukul 3pm.

Hasil shopping

1. Seluar hiking arcteryx beli 1500 npr 
2. Seluar hiking TNF 1700 npr
3. Seluar hiking TNF w fleece 2500npr
4. Baju hiking UA 1700 npr
5. Bracelet beli kat Chhomrong 400 npr
6. Headband beli kat Jhinnu 400 npr 
7. BD Daypack 24L 9800 npr
8. Saree 3000 npr
9. Baju 600 npr
10. Buff wool & abc 4600 npr
11. BD trekking pole 3000 npr
12. Stocking for trekking 250 npr
13. Shawl cashmere 1000 npr

Flight pukul 9 malam. Lepas kul 6 masing-masing dah get ready kat lobby hotel. Excited nak balik sebab dah homesick, lama baii 2 minggu lepak kat bumi Nepal. The best moment ever dalam hidup aku. Antara event terbesar dalam tahun ni. Tapi rase sedey pun sama, sebab finally trip dah berakhir.

Mission ABC done!

Yeahhh!

Dan lepas ni, misi EBC pulakkk. Jomm kompol duit lagikkkkkkk

** harini 20 dec, sejak maxis upgrade data ke 30gb aku asyik laa duk layan youtube trek EBC. haihhhh, berkobar-kobar rasenya nak trekking EBC pulakkk. Ya Allah, murahkan laa rezeki aku nak datang Nepal lagikk. Kalau migrate pi duk Nepal pun aku sanggup, nak duk kat himalaya. Ehh tapi bila pikir balik tak laa duk Nepal. Homesick terok aku nanti. Hihiiii