Sunday, 26 March 2017

Nuang tido puncak

Plan nak ke semangkuk. Tapi sebab lineup tak bapa nak ade, so kesini sahaja. Time cuti thaipusan bulan feb haritu. Aku cuti 4 hari straight dengan harapan ada ad-hock trip tapi nan hado. 

Oleh kerana nak save cost, maka tercipta lah plan tido puncak nuang ni. Naseb laa a week before aku dah training daypack sampai pacat. So prestasi pada hari itu adalah sangat best. Dengan full-pack, berjaya jugak sampai puncak sebelum gelap. Pukul 7pm to be exact. Start trek tadik pun agak lewat, kul10am. Perjalanan pun agak santai. Tapi non-stop jugak laa aku trekking. Hihiii happy barangkali. Hahaaaa excited nak tidur puncak nuang. 

Cuaca pulak terlebih nyaman. Dingin, angin kuat, sejuk membunuh! Rezeki gamaknya malam tu jugak bulan terang. Sambil diselang seli oleh kabus dan angin kencang. Malam dinner tu aku masak ayam masak merah dengan nasi puteh jek. Lepas makan, sempat jugak jengah kat luar tengok view. Aku tak lama pun lepak sebab angin kuat dan sejuk. Lebih nikmat berada dalam sleeping bag deuterlite 500 aku ni. Malam tu terasa lama benar nak pagi. Angin kuat. Gilos. 

Terjaga dalam pukul8am. Itu pun sebab terdengar orang bergelak ketawa. Angin masih lagik kuat. Sejuk masih sama seperti semalam. Tanpa berlengah terus aku bangun dan prepare breakfast. Pagi tu makan spagetti bolognise dan roti gardenia cicah sardin cili. Jemputt! 

Jom ripit lagik! 
Tak yah nak rebut2 nak amik gambar kat sini. Byk kali snap pun lantok laaaa. Hihii
Happy sampai siang! 

No comments:

Post a Comment