Wednesday, 16 August 2017

Gunung Liang East & West

Ini post #throwback tau! Gara - gara malas nak update. Thanks to kengkawan willing share gambar. Ntah kenapa trip ni aku tak bawak pun camera. Dan aku pun tak paham blog ni ape susah naw nak up gambar. Asyik crash nihhhh.

Kalau dah ke puncak liang west, kene sekali pakej dengan liang east. Distance hanya dalam 15minit snap - snap gambar jek. Dekat sangat!

Date : 1 - 2 april 2017

Reason naik liang ni pun sebab nak training tuk trip semeru, bromo, kawah ijen hujung bulan ni. Persediaan mental dan fizikal katenyer. Dan aku pulak, pewai teruk dari kem lubuk hantu nak ke kem 7e. Gara - gara salah training kat gym. Aku gigih train untuk mad warrior dengan geng gym opis. Train upperbody, angkat weight sume tu. Lupe nak training cardio. Hahhahaambik, teruk jadinyer.

Day 1

Malam tu aku gerak bertiga ke Tanjung Malim pukul 3am. Sampai jek terus cari KFC untuk breakfast sebab lapar teruk semalam tak makan. Sempat lelap sekejap sementara tunggu yang lain sampai. Park depan kedai mamak yang dijanjikan dan terus lena.

Sekitar jam 7am mereka seorang demi seorang tiba. Aku tak breakfast pun pagi tu, hanya tapau untuk makan kat on trek nanti. Menu nasi lepak ayam dan telur mata. Selain dari energy booster dan coklat sebagai back-up ration. Lepas semuanya setel, kami semua terus bergerak ke starting point di kampung sungai dara. Masuk ikut proton tanjung malim.

Lepas bacaan doa, kami ber-dua belas orang lineup terus menaiki tepi tebing, sebelah pintu dilarang masuk tak sure empangan ke apa, masuk tepi tebing sungai. Trek agak landai pada mulanya dan sesekali menyeberangi sungai yang batunya agak besar seolah - olah gua kecil dibelah kiri. Dalam sejam kami pun tiba kem lubuk hantu. Rest dan makan sementara tunggu yang lain tiba. Hajat dihati nak mandi kat sini tapi memandangkan ada lagik 3 jam trekking nak sampai ke kem 7e, aku batalkan ajer niat tu. Cukup laa sekadar basuh muka dan rendam - rendam kaki je.

The 12 of us! Aku yang amik photo ni.

Start trekking around 10am

Start trekking jek terus menaik cenggini. Tapi just nak lepaskan pagar tu jek.

Sekitar 1230pm, kami team depan teruskan trekking ke kem 7e. Trek ke kemsite 7e agak mencanak naik. Naik dan terus menaik. Terasa jauhnya. Sesekali terasa lapar, nak makan nasi macam berat sangat. Masuk jam kedua, aku mulai penat, penat yang seriuosly penat. Pantang jumpa tempat best, aku stop beberapa minit. Walaupun dah balun booster, ternyata kali ni memang tak jalan langsung. Terdetik jugak dalam hati aku kan training beriye kat gym tapi kenapa pewai. Rupanya persoalan terjawab bila afzan bagitau aku salah training. Aku training for weight. Ye laa, masa tu focus utama adalah mad warrior 8km 40 obstacles. Hihiii too bad!

Sampai sini dalam pukul 11am. Sejam trekking dari starting point.
Kemsite lubuk hantu. Nama pun dah scary, naseb tak overnight kat sini. Tapi best sebab air sungai sebelah tu jek, dekat sangat! Sementara tunggu yang lain sampaii kite makan dulu.

Kami team depan cikleey, asmah, afzan, fuzzy dan aku selamat sampat kemsite 7e sekitar 330pm. Kemsite luas, berkabus dan sejuk masa ni. Tengah setup fly team dari puncak baru turun berehat. Dorang sume daypack jek ke puncak. Rasa puas sebenarnya sebab sampai kemsite awal dari yang dijangka. Boleh rest lama.

Masa ni belom lagik nak pewai. Sejam pertama terasa bersemangat!

Cendawan hutan. 

Noli dan knott sampai sejam selepas. Oleh kerana punca air jauh sekali ke bawah, aku cuma bersihkan diri ala kadar jek. Naseb laa tak berselut sangat, so sekadar bersih pun dah ok.

Kabus penuh walaupun belom senja. Sejuk ya amat mase ni.
Sampai kemsite 7e sekitar jam 330pm. Sampai jek terus campak beg carik makanan. Hahahaa terasa lapar betul!

Dah nak megrib baru zie, mat shah, aboy, sam dan remy sampaii. Cuaca kat kem 7e seriously sejuk. Sesekali menampakkan hujan gerimis. Laju - laju mah masak dibantu oleh yang lain prepare food. Lepas kenyang masing - masing tido! Hahhaaa

Aku? Layan muvee. Kacau yang lain borak. Baring - baring rehat kan diri sampai terlelap.

Day 2

Kami semua bangun awal pagi ni. Kul4am. Tapi endup gerak lambat jugak. Start trekking pukul 630am. Pagi ni breakfast roti scramble egg dengan sausage oleh cikleey. Aku makan sambil pejam mate jek sebab terasa benar mengantoknya. Dari kem 7e ke puncak dalam 2 jam. Layan pacak terok disamping selut ala - ala mossy forest. Masa ni angin kuat. Gigil dibuatnya. Aku hanya berwind breaker, but still sejuk jugak. Berzip penuh baru dapat kurangkan sejuk.

Banyak part mendaki terok! Kalau stop jek sejuk. Better jalan cepat - cepat.

Dan akhirnya kami semua sampai puncak west dalam pukul830am. Regroup kat sini sementara tunggu yang lain sampai. Sempat juga bergambar sakan. View tak nampak pun, sebab kabus tebal. Ade beirut besi senget kat puncak. Lepas yang lain sampai, kami semua terus bergerak ke puncak liang east. Ketinggian kedua - dua puncak adalah 1933m. Jarak dalam 10 - 15 minit jek pun. Trek ke liang east cantek. Mossy forest. Kat puncak ade beirut dan tiada view. Cuma yang best ada banyak port cantek tuk #ootd. Puas bergambar, kami semua turun berjemaah ke kemsite 7e. Sampai 7e jek sudah pukul 11am. Kelihatan mat shah baru bangun tido. Hurmmmm kemainn kan.

Selfie jap dengan asmah. Hijack fon cikleey yang giler ansem ni. Flawless muka jadiknya. Hahhaaa



Thanks mah sudi masakkan kueh tiew goreng sedap pagi ni. Selain dari ayam masak merah for lunch. Oleh kerana masih kenyang, aku tapaukan tuk semua. Plan nak makan kat lubuk hantu nanti. Sambil mandi sungai. Lepas habis jek wrap - up, pukul3pm kami start turun. Agak lambat dari yang dirancang kali ni. So oleh yang demikian, masing - masing turun laju betul. Demi nak mandi kat sungai lubuk hantu. Dan keluar hutan siang.

Sampai lubuk hantu pukul 5pm. Campak jek beg terus masuk dalam air. Hahhaaa! Air sungai di lubuk hantu sejuk. Aku masuk separuh jek dulu, bila dah ok baru terus berendam sakan sementara tunggu geng belakang sampai. Sambil tu makan nasi ayam merah tapau tengahari tadik. Estimate pukul 6pm nak gerak keluar ke starting point.

Kemsite 7e. Kat bawah tu fly kitorang. 
Punca air kene turun ke kanan sebelah fly. Pacak jugak laa dibaginye bila nak naik balik.
Air terjun kecik bubuh paip jek pun. Tapi airnya sejukk


Wrap - up sebelum bergerak ke lubuk hantu!

Kipas dah kepamm! Hahahaaa

Salah satu pokok balak yang ada. Besar dan tinggi.

Setelah puas di roger dan diroger oleh team belakang, akhirnya kami teruskan trekking balik trpat pukul 6pm. Budget dalam sejam akan sampai kat kereta. Punya laa laju aku kat depan dengan fuzzy dan cikleey hinggalah satu detik tu fuzzy terlanggar dahan ke kepala. Hahhaaaa terus bingaii katenyer! Aku serious tak perasan dahan tu sebab kate cikleey dahan tu memang betul - betul paras lepas ketinggian aku. Hahahaaaa sorry!

Dan akhirnya, tepat pukul 7pm kami bertiga group yang pertama sampai kereta di ikuti oleh mah, afzan, noli dan knott. Selang 15 minit jek antara kitorang. Cepat - cepat bersihkan diri di sungai, kalau dah gelap lagik susah. Solat magrib dan masing - masing tunggu di dalam kereta sebab hujan mula turun mase tu.

Roger tak dapat. Tunggu punya tunggu dan syukur team belakang keluar jam 9pm. Dengarnya sesuatu yang mereka jumpa hinggakan lama nak sampaikan ke jalan keluar. Lepas dengar cerita jek terus meremang bulu roma.

Lepas makan terus gerak balik KL. Sampai rumah pukul 12 malam. Campak beg terus tido kepenatan.

Apa pun, thanks guys! Puncak baru tuk tahun ni. Selalu repeat puncak yang same jek.

The team! Hugs

* nak request pegi tok nenek daypack plsssssssss

No comments:

Post a Comment