Wednesday, 9 August 2017

Misi Tapau Indon - Semeru : Ranupani - Kalimati

Day 4

Happy birthday noli! 

Untung celeb birthday kalini kat indon. Hari ni nak start trek ke Kalimati. Last year kat Nepal. Seorang yang tidak pernah putus semangatnya walaupun baru start dalam hiking ni. Kudrat yang ada tak sama dengan semangat yang ditunjukkan. Semoga noli diberikan kesejahteraan di dunia & di akhirat. Aminn. Hugs!

Dan akhirnya, puncak Semeru bakal kami jejak pada kali ini. Dek kerana terpengaruh dengan 5cm, aku berjaya heret yang lain tuk kesini.

Pagi ni aku bangun pukul 5am bersihkan diri. Walaupun tido agak lewat malam tadik namun keterujaan untuk ke Semeru mengatasi segalanya. Haversack telah siap tersedia. As plan, kami akan bergerak ke Ranipani dalam pukul 6am. Dianggarkan tuk start trekking jam 9am. Akan tetapi pagi ni jeep xde! *ohhhmy

Happy Birthday Noli! Hugs 

Before depart! 
Although slow, still smiling happily. Hahahaa!

Jeep semua ke bromo. So nak tak nak terpaksa laa tunggu jeep balik. Beriye bangun awal pagi ni. Bising jugak laa aku sama bian. Dek kerana rasa bersalah gamaknya, bian ajak breakfast dulu di homestay. Hahahaaa tau takut! Pagi tu menu sarapan yang heavy jugak rasanya. Nasi dan lauk. Ada lauk ayam masak ape ntah dan tauhu goreng. Aku? Makan tauhu goreng jek laaa bagaii nak giler. Sedapp cicah dengan kicap cili.

Bergambar kenangan dihadapan homestay semeru. Rumah 2 tingkat dan 4 bilik air. Kitorang stay kat tingkat atas. Siap ade TV tapi tak sempat tengok pun sebab mostly mase spend kat luar.

Lets go guys. Jeep yang sama kita naik ke Bromo semalam.
Walaupun hati panas, tapi kitorang tetap happy. Ehh hahhaaaa  

Selesai makan, kira - kira jam 9am jeep pun tiba. Terus angkat beg masuk jeep. Excited sungguh semua masa ni. Geng yang lelaki sibuk angkat beg, dan yang pompuan sibuk bergambar sakan. Dan seperti biasa, perjalanan ke ranupani sekitar sejam setengah juga. Melalui jalan yang sama seperti ke bromo semalam. Dan pagi ni kita semua nampak jelas view puncak semeru betul - betul depan mata. Excited pun yer. Nebes pun yer.

Nama jalan ni jalan semeru. Jalan yang menghubungkan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Melalui kawasan perkampungan di tepi lereng bukit.

Dalam setengah jam dah sampai sini. Pintu gerbang pertama ke TNBTS.

The team!

Lama jugak kite lepak kat sini sebab ade problem dengan tayar jeep. Lama lepak, lambat ler nak sampai ranipani. Dan lambat jugak ler nak start trek. Walaupun demikian, kite layankan ajer masa yang ade kat sini. Name pun pegi jalan kann. Hahhahaaaa

Dats me! 

Group beskal offroad ke bromo. Smart giler dorang ni. Kalau tak salah, ni group husband kak raty. Katenyer group dorang layan kawah ijen jugak kelmarin, dan harini ke bromo pula. Karen kannn?
Dan bila kau hadir bagai satu misteri. 

Puncak semeru dari kejauhan.
Odw to Ranipani, saja aku berborak dengan guide Agong pasal muvee 5cm tu! Katenyer aien sorang jek tak sampai puncak, yang lain sampai. Dan scene dorang masa nak naik puncak tu sebenarnya adalah kat bromo. Hahhaaaa tertipu akak dek! tapi kalau tak terpengaruh dengan 5cm tu kita semua tak mungkin nak sampai sini kann. Dan alhamdulillah perjalanan kite dipermudahkan. Punya rezeki untuk sampai disini. 

Welcome to Ranipani. 

Park jeep kat sini. Kene berjalan kaki dalam 5 minit ke starting point. 

Sampai di ranupani, proses pendaftaran agak lama. Nak tunggu briefing pun serious lama. Sementara tu sempat membeli di sekitar kedai di ranupani. Keperluan terakhir sebelum start trekking. Bila selesai semuanya, pukul 1230 tengah hari jugak laa kami start trekking. Cuaca masa ni ok. Dan dimulakan dengan bacaan doa oleh afzan.

Start trek melalui kebun sayur orang kampung. Dan seterusnya jalan hutan berbatu separuh. Ketika selisih dengan hikers lain, sempat jugak bertegur sapa. Best! Yang kami asyik laa selamat siang, yang hikers lainn asyik laaa semangat bak, semangat! Masing - masing sangat supportive bila bertembung. Kenangan ketika trekking di ABC tahun lepas betul - betul kembali segar diingatan.

Baca doa dulu.

Dan trek kami penuh dengan debu mase tu.

Terasa ansemnya dengan shades murah beli kat OWL aritu. Hahahaaa nak repair lense oakley, mahal sangat! 

Ohh the best thing when you trekking in overseas, is the weather. Best! Selain dari boley ber-shades sepanjang trek, also a porter facility also provided. Tapi untuk trip ni aku tak amik porter pun, just tompang share kat kengkawan. Hihiii dan juga tompang kat porter noli, knott and cik nur untuk ration company. 

The starting point. Jumpe lagik signboard ni.

Dalam 45minit dah sampai Pos 1. Di fahamkan setiap pos di sepanjang trek ade jualan. Ade jual semangka dan tauhu, tempe goreng. Dan setiap pos aku membeli. Sakannn. 

Pos 1

Regroup kat sini. Hahhaaa jarak antara kitorang takde laa jauh, dekat sangat. 

Dari pos 1 nak ke pos 2 tak jauh, 30minit dah sampai. Masa ni hanya kabus sejuk sepanjang trekking. Selisih ramai juga hikers yang lain. Mostly dari indonesia sendiri.

Pos 2

Jambatan kayu yang menghubungkan antara pos 1 dan 2


Dari pos 2 ke pos 3 pun tak sampai sejam. Setiap pos kami sempat berenti rehat sambil menikmati semangka sejuk sementara tunggu zin dan fuzzy kat belakang. Dan ternyata kelibat mereka langsung tak kelihatan. Dan kami semua meneruskan perjalanan ke pos 4.

Pos 3. Lepas ni agak pacak sikit. 

Antara jualan yang dijual oleh mereka. Semangka is the best!

Rest jap

Lepas setengah jam dari pos 3, kami dah boleh nampak view tasik bila tiba di satu selekoh tebing. Dari situ pos 4 sudah tidak jauh. Pos 4 betul - betul depan tasik mengadap ranu kumbolo. Terus lupa nak beli semangka sebabnya dah excited melihat ranu kumbolo yang cantek depan mata. But abit kabus masa ni. Nak hujan tapi cam tak hujan. Dari pos 4 ke ranu tak jauh dah. Kena melalui tepi tasik. Kami semua tiba dalam pukul 4pm. Rehat dan solat kat sini dulu sementara tunggu fuzzy dan zin.

Bayangan tasik sudah mula kelihatan masa ni.

Tasik Ranu Kumbolo. Kabus sikit masa ni.

Masa ni dah tak tentu arah dah! Hahaaa cepat2 nak sampai ke tasik.

Benda yang tak best kat sini adalah toilet. Ada toilet tapi tak bersih. Penuh dengan tisu. Nak sembunyi celah pokok pun takde pokok di ranu kumbolo. Even celah semak pun bersepah dengan tisu, wet tisu. Dorang cakap semeru bersih lagik dari rinjani, tetapi rasanya cam samanya. Aku nak buang air kecil pun jenuh nak pilih port. Stress plak rasanya.

Kami teruskan ke Kalimati sekitar jam 6pm tuk bermalam disana. Headlamp dah ready dengan bateri baru. Windbreaker pun da siap tersimpan ditepi beg. Perlahan - lahan kami semua mendaki tanjakan cinta yang hangat dikatanya seperti dalam muvee. Kalau ikutkan mitos kita tak boleh pandang kebelakang bila mendaki di tanjakan cinta, tapi ternyata yang namanya aisya kamal tidak dihiraunya pun mitos tu. Banyak kali jugak aku pusing belakang melihat tasik ranu kumbolo dari atas bukit. Selain bergambar dan mengharapkan sunset yang cantek. Tapi disebabkan kabus tebal, bayang matahari pun nan hado. 

Bukit pacak betul menaik terus untuk ke padang so called lavender dan cemero kandang. Aku, zin, fuzzy dan agong selaku guide tuk trip ni bergerak di belakang sekali. Dalam hati boleh kejar yang lain didepan tapi harapan semata. Rasa macam dah laju tapi tak sure kenapa tak nampak langsung kelibat dorang didepan. Sampai satu masa aku pun give up. Layan jek trek dalam keadaan sejuk dan penat dan letih. Like seriously letih. Sempat lelap seminit dua bila take five tunggu fuzzy dan zin kat belakang. Saat nak menyampaikan ke cemero kandang tu sangat jauh ku rasakan. Mungkin kitorang trekking dalam gelap. Tetapi bila esoknya, nak ke ranu kumbolo balik boley nampak dekat jek pun. Hahahaaa gelak sendiri dalam hati.
Sesekali perasan seolah - olah kabus menembusi cahaya headlamp tetapi agong bilang itu adalah debu dari batukkan semeru di puncak. Debu dari kawah semeru. Dan ternyata kami semua sudah menghampiri kaki gunung semeru di kalimati. Tiba di jambangan agong suruh aku lihat di atas. Puncak semeru jelas kelihatan betul - betul depan mata. Macam tak pecaya rasanya. View sekejap jek dalam a few minutes sementara tunggu zin dan fuzzy sampai. Bila nak tunjuk kat dorang dah hilang puncak semeru dilitupi kabus.
Dan akhirnya kami sampai di kalimati dalam pukul 9pm. Kalimati adalah sangat sejuk. Kawasannya amat luas. Dek kerana malam, penglihatan agak terbatas sedikit. Sampai kemsite jek aku terus masuk dalam tent. Malam tu aku pakai pakaian untuk siap ke puncak. Siap ber-inner columbia, berjaket Quechua, berseluar fleece TNF yang aku beli setahun lalu di Nepal, headband lawa dan berstokin baru. Sempat jugak aku siapkan barang yang nak dibawa nanti, if let say aku terbangun lambat. Malam tu aku request porter masak nasi puteh sahaja dan air panas. Nak makan dengan sambal bilis kakak sayang. Ternyata sedap betul rasanya. Dua kali aku tambah. Dan lewat jugak laa aku tido malam tu. Cukup laa sekadar sejam melelapkan mata. Pukul 1am dah nak start trek ke puncak. Nebessss wehhhh!

TBC......

No comments:

Post a Comment