Sunday, 24 September 2017

Sisthur Takes Jogja : The Food


To be frank, aku suka giler dengan Indonesia. Selain dari makanannya yang enak, dan pasti juga halal. Kalau udah di Malaysia, makan Wong solo juga selalu, inikan kalau ke Indonesia. To be exact Jawa Tengah, Jogja. Aku suka giler dengan ayam penyet dan sambalnya, sambal hijau nasi padang, tauhu dia sedap. Bukan seperti tauhu disini. Bakso pun sama. Berani try kan diri mencuba bakso tepi jalan, street food kononnya yang ditolak kereta itu, dan ternyata sangat sedap. Dan murahh! 

So leason learned dari trip Surabaya bulan May lepas, trip kali ni aku cuma bawak jajan jek dari Malaysia. Buat kudap - kudap dalam perjalanan. Last time bawak macam-macam endup tak makan sangat pun. Maybe sebab kita pergi negara yang senang cari makanan. Kalau Nepal, wajib bawak dapor dan sambal! Hahahaa jenuh kene makan dhal bhat jek nanti.

Aku gain 4kg lepas balik dari trip Jogja. Asyik makan dan makan non - stop dengan hati senang dan gembira. Bila habis aktiviti jek terus cari rumah makan. Mengopi tak payah cerita, aiskrim gelato banyak kali repeat. Asyik menyinggah Indomaret beli air sedap. Minute Pulpy pelbagai flavour. Heaven betul.

Biar gendut, yang pasti happy!

Hari pertama sampai jek kami dah start lapar. Walaupun sebenarnya dah makan dalam flight tadik. Heheeee so sampai jek Farid a.k.a supir kami tuk 6 hari telah membawa kami semua makan di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah sawah padi. Tak sure di mana, katanya jalan menuju ke hati abang! ehhh jalan yang sama nak ke Candi Prambanan. Nama dia kedai makan Satria Resto.
Kami order nasi puteh, ayam kampung separuh ekor, ikan garupa sweat sour dan sayur kangkung. Semuanya IDR 320,000 tuk 5 orang. Farid dah kenyang katanya. Mungkin dia segan. First time jumpa kan. Hihiii dia belum tau lagik kitorang ni semuanya kuat makan. Walaupun badan kecil-kecil. 

Untuk dinner malam tu kami order nasi goreng di Restoran Ratu Boko. Pakej entrance fee sekali dengan makan. So lepas layan sunset, kami turun ke restoran dan dinner. Bagi aku sedap, nasi goreng lembik - lembik ni. Perencah dia banyak! Dan juga aku suka makan nasi lembik. So dalam ramai-ramai ni aku jek berjaya abiskan semuanya. Walaupun portion dia agak banyak.
Kebetulan depan hotel Adhisthana yang kami menginap tu rupanya ada Sellie Coffee yang dalam filem AADC2 tu. So ape lagik mengulang laa lepak memalam minum coffee kat sini. Aku order chocolate hazelnut jek. Harga IDR 14,000 sahaja. Murah kann. 
Kami duduk kat tengah cafe seperti dalam muvee AADC2. Gituu!

Hari kedua selepas penat turun dari Punthuk Setumbu, kami terjah nasi padang pula! Rumah Makan Nasi Padang ACC. Tak jauh dari Candi Borobudur.
Antara banyak - banyak lauk ni, yang menjadi idaman aku adalah pucuk ubi rebus, ayam bakar dan sambal hijau. Sedappp. Harge IDR 150,000 tuk 6 orang makan. 

Sementara tunggu turn photo buka jam 230pm kami sempat lepak dan makan di kedai jualan Kalibiru. Yang kelakarnya merebut makan goreng pisang panas sebakul! Hahhahaa
Maggi bakso, mee goreng telur dadar menjadi menu sampingan kami haritu. Harga semuanya dalam IDR 80,000 sahaja. 

Malam tu kami craving for ayam penyet! Makanya supir Farid bawak kami semua makan Nasi Ayam Penyet Surabaya. Seriously ayam penyet ni sedap giler. Aku order sekali tauhu penyet. Walaupun pedas, masih lagik menikmati makanan hingga ulas nasi yang terakhir. Gituu Oleh kerana sedap sangat terus lupa nak amik phot flatlay. 
6 sets nasi ayam penyet, 1 tauhu penyet dan air cuma IDR 162,000 sahaja. Murahh kannn! 
Setiap satu ayam penyet dalam IDR15,000 jek.

Hari ketiga selepas habis aktiviti Merapi Jeep Tour, Farid bawa kami makan di Pondok Merapi. Tak jauh dari base camp Merapi. Sempat juga mandi bersihkan diri, sementara tunggu makanan siap. Tuan punya kedai makan ni perempuan. Sopan santun orangnya. Baik, sempat juga kami semua ngoblor sebentar sementara tunggu azan zohor. Katanya anak perempuan dia seorang atlet. Woowieee karen mbak!
Menu nasi puteh dengan ayam 2 ekor, telur dadar, sayur pucuk betik goreng dan sup sayur dalam IDR 339,000. Mbak tuan punya kedai gelak jek kitorang order 2 ekor ayam dan habis. Katanya ceweknya kecil - kecil tapi makannya kuat. Hahaaaa 

Lepas makan tidur dalam van. Sebabnya perjalanan ke Pantai Timang jauh. Sebelum sampai Timang, kami singgah ke Kedai Lobster Pak Sis Timang. Farid mintak kita booking dulu lobsternya. Nanti bila abis sunset di Gondola, langsung terus ke kedai makan ini. Tapi memang betul pun, kami tunggu makan tak lama pun. Dan makanannya juga masih panas. Masak laju-laju gamaknya.
Dua set lobsters (satu set ade 6 ekor lobsters), cumi goreng tepung, tempe goreng pedas, ulam dan nasi puteh semua dalam pakej cuma IDR 1,000,000 sahaja. Rasa cam kaya plak makan sampai sejuta malam tu. Hahahaaaa dan yang pasti aku rasa harga kat sini lain-lain. Berbeza ikut yang membawanya. Ternyata Farid ni agak famous jugak. Dia siap kenalkan kitorang dengan ownernya sekali.

Hari keempat kami breakfast cuma di depan homestay di Pantai Indrayanti. Pakej sekali dengan bilik dapat 2 nasi goreng. Cuma beli jualan kueh, dan bekalan roti dan tuna pedas buat alas perut sebelum ke Gua Jomblang. Sesudah habis aktiviti, kami semua dibekalkan lunch box. Tak sempat nak snap pic sebab dah lapar. Hihiii nasi puteh, ayam goreng dan sayur asam. Ternyata sedap!
Lepas balik dari Gua Pindul, Farid bawak kami semua makan di Kedai Cakoting. Famous katanya kedai ni. Semua artis  makan sini. Kami order ayam penyet seperti biasa 6 set ayam penyet untuk 6 orang makan hanya IDR 209,000 Semuanya. Yang aku rasa kat sini yang sedap sambalnya, tidak pedas dan juga sayur tu. Nampak biasa tapi sedap.
And for dessert kami order murtabak terang bulan! IDR 70,000 sahaja. Ade 8 flavor. Size sebesar pizza size regular ke large. Murtabak ni dijual atas food truck. Kat sini pun ade food truck wehhhh! Impresss
Bukan setakat itu dessertnya, kami repeat sekali lagik icecream Tempo Gelato. Since kedai ni depan hotel jek. Lepas check-in terus turun ke kedai eskem next road. Sedapppp! 2 scoops gelato w cone cuma IDR 25,000 sahaja. Masa ni da pukul 11pm. Kami last customer yang beli. Lepas tu makan kat luar jek. Duk tepi jalan. Tengah duk makan icecream, kami try bakso tepi jalan pulak. Yang atas kereta tolak tu. Sedapp! 

Hari kelima kami duk mengulang makan Ayam Penyet Suarabaya sebelum hantar Tiq dan Keela balik KL. Lepas tu kami bertiga masih teruskan misi mencari bakso sedapp! 
Farid bawak kami makan di Mie Ayan Bakso Idolaku. Kedai seperti rumah lama yang punyai hall yang luas. Tak pasti sebab lapar ke sebab sedap, yang pasti rasa tak cukup. Kami makan 2 mangkuk seorang. Hahaaa gelak jek Farid. Harga cuma IDR 58,000 untuk 7 mangkuk bakso

Hari terakhir breakfast dihotel sahaja sebelum last shopping! Breakfast di hotel addtional for Iza IDR 65,000. Not bad jugak. Aku makan nasi goreng dengan telur dadar. Agak tawar, tapi makan dengan sambal hantu cik ani, memang terbaik! The saviour for this trip.
Or last meal kat Jogja. Nasi ayam Bu Tini. 
Sedap juga. Cuma ayam bakar dia manis. Tp dah cicah dengan sambal tu jadik sedap. Harga IDR 157,000 tuk 4org makan. 

Puas betul trip kali ni. Asyik makan jek. Pergi pulak dengan geng sekepala. Cam dah lama tak pergi trip macam ni. Selalu pergi trip gunung jek kann. Hihiii 

Overall, karen bangat sihh! Makasih yaa atas makanannya yang enak banget! Pasti datang lagik gue ke Jogja. Rasa senang sekalii. 

No comments:

Post a Comment