Monday, 16 April 2018

Nuang Tido Puncak 3.0

** actually dah mula terlupa aku ade blog. Hahahaa meh laa aku update sikit trip pertama dalam tahun ni.
Malam tahun baru 2018

Dek kerana pengalaman nuang tido puncak bulan Oct haritu sangat best, aku dengan rasa gembiranya mengajak yang lain repeat buat kali ketiga. Masa first nuang tido puncak naik ikut pangsun. Terapong-apong jugak laaa rasanya nak menyampaikan puncak. Tepat 7pm kami sampai. Dan kali kedua kami repeat sekali lagi ikut Janda Baik pula. Enjoy sangat ikut sini. Kul5pm dah sampai puncak. Konon nak retreat birthday sendiri naik sini.

So oleh yang demikian, kami repeat sekali lagik buat kali ketiga. Naik hari last 2017. Pagi tu sempat aku amik mak kat KLIA. Mak balik umrah. Sampai rumah jek terus meet-up yang lain di kedai di Janda Baik. Lepas lunch, tapau apa yang patut terus bergerak ke starting point. Masa ni cuaca agak mendung dan sekejap-sekejap hujan.

Start dalam pukul 2pm. Agak lewat. Dijangkakan kami semua sampai malam. Trek balak yang pada mulanya panas lenting jadi mendung. Risau pulak rasanya kalau-kalau hujan. Sejam lepas meredah balak, tunduk melutut, melayan trek KEPALA HOTAK akhirnya kami sampai di first river crossing. Ntah kenapa aku lupa nama air terjun nii bila tengah tulis blog ni. Hahhaaa nampak sangat aku dah lama tak ingat. 

Sejam jugak di ambil tuk sampai ke first pit stop tempat lunch tempoh hari. Tatkala selesai semua penat lelah suddenly hujan turun. Masing-masing mula keletihan. Ehh aku laa tu yang pewai menaham hujan basah dan kesejukan. Banyak kali jugak kami berhenti. Kali ni terasa betul jauhnya. Tak sampai-sampai dari tadik. Masa ni dah mula tak enjoy dengan trip ni. Hahahaa lain benar dengan trip sebelum. Mungkin aku underestimate. Bila magrib baru lepas simpang puncak ape ntah. *sorry laa aku dah lupe.

Actually dari puncak simpang tu tak jauh tapi entah laa bila trekking malam nii terasa betul jauhnya. 

Syukur kami semua sampai dalam pukul830pm. Puncak penuh dengan orang time ni. Hujan. Angin kuat. Otak pun jadik jem masa ni serious tak leh pikir. Terkenang kembali tragedi di Yong Belar. Cuma kali ni aku boleh berpikir sikit dengan waras. Selepas bersihkan diri, aku dibantu yang lain menyediakan dinner tuk malam tu.

Angin kuat. Sejuk. Kemsite penuh. Kabus. Terus tak jadik nak layan bunga api which actually tak nampak apa-apa pun dari puncak. Kami semua yang lain cuma wish jerit ramai-ramai happy new year bila jam 12 tengah malam. 

Selamat datang 2018. Semoga tahun ni lagik best. Lagik awesome. Lagik hebat dari tahun lepas. 

Dan 2017, terima kasih atas segalanya. 

No comments:

Post a Comment