Wednesday, 13 June 2018

Malam 29 Ramadhan...

Lama sangat tak up post. Which actually malas sebenarnya. Masa yang ada lebih kepada benda lain. Even dah draft pun tetapi masih belum finalize.

Sudah 28 hari kita semua berpuasa. Alhamdulillah. Malam nii malam 29 Ramadhan. Insyallah lusa kite beraya. Hopefully ramadhan kali ni bukan yang terakhir, moga diberi kesempatan tahun depan bersama-sama dengan orang yang aku sayang.

Well, sejujurnya ramadhan kali nii aku banyak leka. Jarang sangat ke surau untuk terawih. Kekadang tu aku terawih kat umah jek. Dalam pada gigih nak terawih ada jugak yang asyik leka keluar moreh dengan kengkawan. Bila dah habis ramadhan baru tersedar.

Tapi apa yang Ustaz Hanafiah bagitau aku aritu buat aku betul-betul pecaya dengan keajaiban ramadhan. Ustaz cakap dalam bulan ni semua amal yang kita buat dapat berlipat kali ganda pahala. Doa dalam bulan ramadhan pun akan dimakbulkan. Lagik-lagik masa nak buka puase tu. Aku cuba untuk amalkan untuk berdoa bila nak buka. Kekadang tu sempat, kekadang tu terlupa. Dah lapar sangat gamaknya. Even sedekah dalam bulan ramadhan lagik seribu kali mulia dari sedekah di bulan lain. So ustaz pesan nanti bagi duit raya kat mak ayah mase ramadhan, bukannya duit raya masa raya tu. Meaning lepas ni aku nak tukar jadik duit puase instead of duit raya! Hahahaaa

Syukur ramadan kalini rezeki agak murah. Bayangkan dalam pada aku pening nak carik duit belanja tuk raya suddenly aku dapat duit project. Subuh gaban plak tu team mate aku transfer dalam account. Is like Ya Allah, kau makbulkan doa aku ya Allah. Terharunya dan sedih betul aku sebagai hambanya yang selalu leka tapi dapat apa yang aku nak. So bila dapat duit tu boley laa bagi mak aku duit belanja tuk beli barang nak raya. Tapi bila mak aku tanya dapat gaji awal ke, aku cakap duit project. Ehh sebab sebelum tu aku ada bagi jugak tuk beli baju raya. Pelik mak sebab aku asyik bagi jek. Dia ingatkan bonus which nak cakap bonus pun sebenarnya memang bonus walaupun setengah bulan. Masih bersyukur walaupun pening jugak nak pikir duit tak cukup nak beraya. Hihiiiii duit advance aku dah setelkan credit card. Haihhh laaa so aku nekad lepas ni taknak shopping yang bukan-bukan lagik.

Ok pendek cita ramadhan kali ni boleh dikatakan best dan tak berapa nak best. Yang tak best tu insyallah aku nak memperbaiki next ramadhan tahun depan. Semoga ramadhan kali ni memberikan kite pengajaran secara langsung dan tidak langsung. Yang best tu aku simpan sendiri jek laa. Hihiii

Ya Allah, aku bersyukur atas apa yang kau berikan pada ku dan pada keluarga ku. Kau lindungi mak ngn ayah, kau berikan kesihatan y sempurna, kau lindungi laa mereka walaupun dimana mereka berada. Kau makbulkan doa mereka ya Allah. Kau lindungi keluarga ku, kau sejahterakan keluarga ku. Kau lindungi sahabat-sahabat ku. Kau murahkan rezeki aku untuk aku berbakti kepada orang tua ku. Kau permudahkan urusan kami semua ya Allah. Kau ringankan jugak jodohku ya Allah.

Aminn. Amin ya Rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment